Sunday, September 5, 2010

EBOOK RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH

Sekiranya anda Pemilik Hartanah yang ingin menjual @ menyewa hartanah anda, sila klik link di bawah utk bantuan Jual/Beli/Sewa/Pajak Hartanah sekarang:.

Borang Pemilik Hartanah


Sekiranya anda ingin belajar, sila teruskan pembacaan anda sekarang.

Dari meja blogger:     SIFU HARTANAH.

Lokasi sebenar:      Dari keselesaan di rumah.

Salam Sejahtera,

Sahabat Yang Dihormati..

Maafkan saya kerana mengganggu masa berharga anda selama beberapa minit.

Saya akan membongkarkan satu RAHSIA yang akan membolehkan anda mengecapi erti sebenar Kebebasan Kewangan, Kebebasan Masa, Kebebasan Tenaga, Kebebasan Minda, Kebebasan Kongkongan dari bos anda yang terlalu cerewet di tempat kerja anda sekarang kerana segalanya bakal melanda anda tidak lama lagi. 

Rebutlah peluang untuk memiliki satu-satunya RAHSIA yang selama ini dijaga rapi dan tidak sama sekali ingin dibocorkan oleh mana-mana agen hartanah berpengalaman di Malaysia.

Memperkenalkan RAHSIA hebat lagi mujarab untuk menghilangkan segala kepenatan, kekecewaan, keluh kesah, pening kepala, demam selsema, sakit tekak, sakit urat, berbuih mulut dan yang paling teruk hilang motivasi diri di kalangan agen hartanah yang baru berjinak-jinak ingin menceburi bidang hartanah  tetapi tidak pernah merasa betapa seronoknya menikmati ganjaran wang tunai hasil komisen jualan hartanah.

RAHSIA saya sebenarnya terbuka kepada SESIAPA SAHAJA samada yang telah bekerja tetap, kontrak, sambilan, bekerja sendiri, lepasan sekolah, lepasan universiti, VSS, pesara, surirumah, dibuang kerja, sengaja berhenti kerja atau pengganggur terhormat yang ingin mencuba nasib di bidang jualan hartanah dan selepas ini terpaksa menerima komisen bulanan minima lima (5) angka sebulan tanpa had dengan MUDAHNYA. Saya ulangi lagi dengan MUDAHNYA, MUDAHNYA dan MUDAHNYA.

Maafkan saya jika selepas ini anda pening kepala kerana tak tahu kemana lagi nak dibelanjakan limpahan wang ringgit dalam akaun bank anda yang semakin hari simpanannya semakin meningkat kerana tak habis nak dibelanjakan lagi. Apa tunggu lagi, sila cuba RAHSIA saya ini dengan segera dan nikmatilah erti kebebasan kewangan yang sebenarnya.

Bagaimanapun, bagi pemilik hartanah yang berhajat ingin menjual hartanah, sila hubungi saya segera dan tuan-tuan tidak perlu meneruskan lagi pembacaan ini. Biarlah saya berkerja untuk tuan-tuan dan saya jamin tuan-tuan hanya perlu menunggu peguam saya menelefon tuan-tuan untuk datang menandatangani Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement) yang baru tanpa perlu letih melayan karenah pembeli yang tidak serius membeli hartanah tuan-tuan.

Sedikit gambaran kelebihan 'senjata' RAHSIA dalam RAHSIA saya :

AWAS! ANDA PASTI HAIRAN, TERKEJUT DAN TERUJA!

1. Saya akan tunjukkan kepada anda semua bagaimana saya dengan MUDAHNYA menjual hartanah walaupun semasa saya tengah bercuti dan balik kampung tanpa perlu bersusah payah membawa bakal pembeli melihat hartanah dan melayan karenah pembeli yang tidak pasti lagi serius membeli hartanah.

2. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya menjual hartanah dalam tempoh sehari sahaja atau sekali bawa sahaja bakal pembeli ke hartanah.

3. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya menjual dua (2) ke tiga (3) hartanah sekaligus dalam masa yang sama.

4. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya menjual hartanah bernilai RM100,000.00 sahaja tetapi menikmati jumlah komisen menyamai agen hartanah lain menjual hartanah bernilai RM1 JUTA dengan MUDAHNYA.

5. Saya akan tunjukkan cara bagaimana membuat jualan hartanah dan menikmati komisen 'cash money' sebanyak RM500,000.00 dengan MUDAHNYA.

6. Saya akan tunjukkan cara bagaimana bakal pembeli saya terpaksa merayu, memujuk dan menangis-nangis meminta agar saya menerima duit booking (earnest money) pembeli tersebut agar dapat memiliki hartanah idaman mereka.

7. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya menjual hartanah sedangkan bakal pembeli saya berada beribu-ribu batu jauhnya (oversea) dari hartanah yang hendak dijual tanpa perlu melihat wajah bakal pembeli tersebut.

8. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya menjual hartanah melalui pembeli yang diperkenalkan oleh orang lain yang saya tidak kenal tetapi masih juga dapat membuat jualan hartanah tanpa perlu bersusah payah mencari sendiri bakal pembeli.

9. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya menjual hartanah di lokasi pasaran sejuk (dianggap susah nak dijual) tanpa ada sebarang masalah.

10. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya menjual hartanah di lokasi di luar kawasan 'coverage area' saya dengan MUDAHNYA.

11. Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya mencari hartanah (listing) dan menjual hartanah tersebut begitu mudah hanya di hujung jari sahaja dan dari keselesaan di rumah.

12. Saya akan tunjukkan juga cara bagaimana saya mendapatkan sumber hartanah (listing) tanpa perlu penat mencari dan menyelongkar di sana sini sebaliknya listing tersebut akan datang menyerah kepada saya untuk diuruskan dengan sebaik mungkin.

13. Saya akan tunjukkan cara bagaimana mendapatkan pembeli tersedia (ready buyer) yang pasti akan membeli hartanah anda tanpa banyak soal.

14. Saya akan tunjukkan cara bagaimana 'panggilan duit' mengejar saya siang dan malam sampai waktu tidur saya pun diganggu oleh 'panggilan duit' tersebut.

15. Saya akan tunjukkan cara bagaimana orang lain 'tolong' membuat kerja-kerja marketing jualan saya sedangkan saya berehat memanjang di rumah, keluar shopping atau menikmati kebebasan masa dan kebebasan minda sepuas-puasnya.

16. Saya akan tunjukkan cara bagaimana pihak penjual, pembeli, bank, lawyer, penilai, surveyor, kontraktor, kedai perabot, kedai elektrik, landskap, syarikat insuran, syarikat penapis air, kenalan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang saya tidak kenal tiba-tiba menjadi sahabat baik 'tolong' saya menjual hartanah, ajak buat duit tambahan dan mempromosikan diri saya.

17. Saya akan tunjukkan apa saja cara yang anda minta jika anda masih tidak berpuas hati dengan keberkesanan RAHSIA saya dan akan terus membantu anda secara PERSONEL TOUCH sehinggalah anda mampu berdikari.

18. Apa lagi RAH$IA yang anda nak tau, saya buka PELUANG seluas-luasnya selama tempoh percubaan tiga (3) bulan untuk mempraktikkan RAHSIA saya ini dan boleh bertanya sebarang kemusykilan kepada SIFU HARTANAH anda tanpa rasa malu dan ragu-ragu.

Dan ada banyak lagi senjata RAHSIA dalam RAHSIA yang akan saya kongsikan dengan anda semua nanti.

Namun apa yang pastinya, setiap RAHSIA tersebut sangat menekankan keberkesanan Prinsip Pareto atau prinsip 20/80 yang secara amnya menekankan kita meminimakan usaha 20% tetapi memaksimakan keuntungan 80%. Saya tidak suka sama sekali kepada cara yang terlalu sukar atau perlukan usaha keras 100% kerana '100% effort is crazy'. Saya lebih suka kepada cara yang lebih 'santai' dengan kata lain 'work smart not work hard'.

Ikuti beberapa testimonial berkaitan kejayaan RAHSIA saya:

1. Serindit (nama samaran).

"Pengaliran wang tanpa had, sentiasa tersenyum walaupun dibebani dengan kerja dan assignment. Boleh merancang pendapatan untuk hidup mewah atau sederhana. Subhanallah... :-D"

2. Encik Azhar.

"Terasa nak berhenti kerja sekarang juga, tak pernah kawe terima duit gaji melebihi RM10,000.00 sebulan seumur hidup kawe. Thanx sifu kerana tunjuk jalan kat kawe".

3. Encik Shuhazli.

"Bos, dah dapat komisen lagi ni. Bila nak pekena ayam kampung Andri dekat Tanjung Malim ni. Tak pun ke Selera Rimba ke? Buatlah re-union untuk kawan-kawan, seronok juga. Susah benar nak jumpa Sifu sekarang ni"

4. Puan Sari.

"Sifu..datang ler Shah Alam, kitorang anak murid ramai-ramai pakat nak belanja ni ;)"

5. Encik Syakir.

"Sifu Ahamdulillah, walaupun ader part yang kurang faham tapi dah berjaya close deal satu. Malam tu bawak buyer view rumah, malam tu jugak diorang bayar booking"

6. Encik Nafis.

"Alhamdulillah bang, terima kasih banyak, setakat ni ok, tak de masalah, tengah praktiskan, nanti kalau ada apa-apa saya akan rujuk pada abang semula".

Cukuplah setakat tu dulu, ada ramai lagi sebenarnya yang nak share kejayaan diorang setelah mencuba RAHSIA saya.

Sebelum pergi lebih jauh, inilah antara rutin harian saya setiap hari.

Selepas menghantar anak-anak ke Taska dan isteri ke stesen LRT berdekatan untuk ke tempat kerja, saya akan berjogging atau berjalan-jalan mengambil angin pagi di taman-taman rekreasi berdekatan. Jika terasa malas, saya akan bersantai di kedai mamak sambil menikmati segelas teh tarik halia, telur separuh masak, roti kosong dan membaca Akhbar Metro. Saya akan mula bekerja jika terasa 'rajin' bila jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi setelah kesesakan di awal pagi reda dan balik rumah pula seawal jam 4 petang atau lebih awal lagi sebelum jalan raya sesak semula dengan orang ramai balik bekerja.

Saya boleh shopping pada bila-bila masa yang saya suka tanpa perlu beratur dan berebut untuk membayar di kaunter. Saya boleh berbelanja apa sahaja di pertengahan bulan ketika orang lain mula berkira-kira berapa gaji yang masih tinggal sebelum gaji hujung bulan tiba. Dalam keadaan 'malas' saya tetap menerima gaji minima lima (5) angka sebulan dan 'bonus' pula pada tiap-tiap bulan. Boleh bercuti pada bila-bila masa yang saya perlukan dan tanpa perlu lagi pening kepala merancang cuti maklumlah telah mengecapi erti Kebebasan Masa dan Kebebasan Minda.

Saya hanya perlu menunggu peguam saya menelefon untuk memaklumkan bahawa Perjanjian Jual Beli (S&P) baru telah ditandatangani antara pihak penjual dan pembeli sementara duit bonus 'refer client' telah masuk ke akaun saya 'macam biasa'. Kemudian kerani agensi hartanah berdaftar pula akan menelefon saya dan memaklumkan bahawa salinan S&P baru telah diterima dari pihak peguam saya dan meminta saya datang untuk mengambil komisen jualan hartanah bila-bila masa yang saya perlukan agar kes jualan hartanah tersebut dapat dikemaskini secepat mungkin.

Begitulah indahnya hari-hari yang saya lalui tanpa perlu memenatkan badan dan dapat merihatkan minda sepuas-puasnya sambil menikmati erti Kebebasan Kewangan, Kebebasan Masa dan Kebebasan Minda yang sebenarnya. Anda tak akan percaya kata-kata saya selagi anda tak mencuba RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH dan menikmati komisen hasil jualan hartanah yang pertama yang pasti akan mengubah gaya hidup 'sempit' dan gaji 'lemas' anda selepas ini.

Besar sangat ke potensi komisen jualan hartanah ni?

Untuk menerangkannya, inilah realiti sebenar pemandangan 'TERSURAT' di mata anda sekarang jika anda melihat hartanah yang terdapat di sekitar rumah anda. Tak percaya teliti gambar di bawah:


TETAPI berbeza halnya pemandangan hartanah tersebut di mata saya sebagai SIFU HARTANAH. Lihat gambar tersebut melalui pandangan 'TERSIRAT' mata saya pula:


Melalui jualan hartanah bagi 1 Unit Apartment bernilai RM100,000.00 dan 1 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Corner Lot sahaja yang bernilai RM600,000.00, saya sudah dapat membayangkan jumlah komisen 3% daripada harga jualan yang bakal saya terima jika dicampurkan 2 unit rumah di atas sebanyak RM21,000.00 sahaja. Bayangkan dalam gambar tersebut sahaja mungkin ada lebih  kurang 100 unit rumah kediaman yang jika dicampur keseluruhan komisen akan menghasilkan sebanyak (100 unit x RM21,000.00) RM2,100,000.00 JUMLAH KOMISEN yang bakal menanti untuk direbut oleh mana-mana agen berdaftar, agen haram dan sesiapa sahaja yang berhajat mendapatkan keuntungan dari komisen jualan hartanah di luar sana.

Anggaran komisen tersebut berdasarkan komisen agensi hartanah berdaftar sebanyak maksima 3% daripada harga jualan tetapi jika komisen jualan berdasarkan 'mark up' harga jualan, pastinya jumlah komisen akan berlipat-lipat kali ganda lagi tanpa hadnya.

Bagaimana pula jika anda berjaya menjual satu unit hartanah di segitiga emas KLCC, sudah pasti jumlah komisennya akan melebihi gaji setahun anda bekerja sekarang? Lumayan kan?


Jangan risau lagi sahabat sekalian kerana hari ini ialah hari bertuah anda untuk bertemu dengan SIFU HARTANAH yang bermurah hati ingin membocorkan  RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH yang saya pasti tidak akan ditemui di mana-mana kedai buku di seluruh Malaysia.

Betul ke ni???

Ya jangan ragu-ragu saudara! Sememangnya betul lagi asli. Ia bukan seperti teori biasa yang 'indah khabar dari rupa' tetapi telah terbukti diuji keberkesanannya secara praktikal dengan jayanya. Kata orang bijak pandai 'PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK'. Ya RAHSIA tersebut dikumpulkan  hasil dari PENGALAMAN saya sendiri selama beberapa tahun berkecimpung di bidang jualan hartanah. Ianya terhasil dari kerja keras tanpa mengenal penat lelah, putus asa dan sanggup menghadapi kegagalan demi kegagalan demi mencari sebutir permata di dalam timbunan lumpur-lumpur yang membukit.

Akhirnya impian saya untuk mengecapi erti KEBEBASAN KEWANGAN dan segala macam kebebasan lagi terlaksana berkat kesabaran, semangat pantang menyerah kalah dan berani mencuba.

Anda tidak perlu bersusah payah seperti saya lagi kerana saya akan menunjukkan jalan pintas (SHORT CUT) tentang RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH.

Satu soalan yang pasti bermain di fikiran anda..menjadi ke RAHSIA saya ini???

Lihat skrin shoot akaun Maybank saya dan lihat jumlah "CLEARING CHQ DEP" bagi tempoh satu (1) bulan sahaja. Jumlah tersebut tidaklah seberapa lebih kurang RM15K sahaja atau kira-kira lima (5) kali ganda gaji lama saya bekerja di sektor kerajaan kerana saya agak malas dan memang sengaja mengurangkan aktiviti jualan hartanah maklumlah dalam bulan Ramadan tetapi pastinya pendapatan tersebut boleh dipertingkatkan lagi jika saya mahu dengan hanya mengikuti beberapa RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH  seperti yang akan saya dedahkan nanti.


TAK PERCAYA JUGA?

Baiklah saya tak nak buang masa 'berharga' anda. Lupakanlah sahaja tawaran saya dan teruskanlah kerjaya 'hebat' anda sekarang 'bekerja untuk orang lain'. Biarkanlah saya terus selesa 'bekerja untuk diri saya sendiri' dan menikmati erti 'Kebebasan Kewangan' yang sebenarnya tanpa perlu berkongsi sedikitpun RAHSIA kejayaan saya dengan anda. Saya tak rugi apa-apa. Saya bukan Ah Long, saya cuma nak tolong. Takkan nak biarkan saya 'senang' sorang-sorang jer kot ; )

Bagi anda yang betul-betul serius nak mencuba, inilah topik yang terkandung dalam RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH dalam bentuk e-Book yang akan saya bongkarkan nanti.

Persiapan dalaman dan luaran sebagai agen hartanah berjaya.

Faktor Utama dan Kunci Sebenar Jualan Hartanah.

Cara mendapatkan Exclusive Listing.

Cara mendapatkan Quality Listing.

Cara mendapatkan sumber-sumber Listing.

Cara menyemak Market Value dan Value Bank.

Cara pengiklanan berkesan.

Cara menapis penjual.

Cara menapis pembeli.

Cara menjimatkan masa, tenaga dan wang anda.

Cara mematahkan hujah pembeli dan penjual.

Cara untuk Closed Deal.

Cara untuk Mark Up Harga Jualan.


RAHSIA dalam RAHSIA.

Cara menambahkan pendapatan selain komisen agen.

The Way Forward.

Berapakah agaknya nilai sebenar RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH yang bakal saya bongkarkan nanti?

Untuk membolehkan saya mendapatkan RAHSIA ini, saya telah mengambil masa selama lebih dari lapan (8) tahun untuk mencuba dan mempraktiskan dahulu segala RAHSIA tersebut dan saya telah cuba sedaya upaya untuk memperbaiki segala kelemahannya seboleh mungkin. Bayangkan betapa sukarnya untuk saya memperolehi RAHSIA tersebut dan terlalu banyak kegagalan yang saya terpaksa tempuhi demi mendapatkan RAHSIA tersebut. Akhirnya berkat kesabaran barulah saya berjaya mencipta banyak kejayaan setelah saya mengamalkan prinsip berani mencuba dan tidak takut gagal.

Anda sendiripun boleh sebenarnya memperolehi segala RAHSIA tersebut secara PERCUMA  dengan syarat anda mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lapan (8) tahun atau selepas anda membuat jualan hartanah sekurang-kurangnya 100 buah hartanah untuk mendapatkan pengalaman dan merasai sendiri bermacam-macam karenah manusia yang terlibat dalam urusan jual beli hartanah tersebut. Masalahnya sanggup ke anda nak mencuba dahulu segala kepayahan selama lapan (8) tahun tersebut sedangkan saya menyediakan jalan pintas tanpa perlu anda bersusah payah lagi.

Nasihat saya, 'work smart not work hard' saudara. Kalau ada jalan pintas kenapa masih nak memilih jalan jauh? Sudah terlalu banyak keringat, titik peluh dan sumber kewangan yang terpaksa saya laburkan semata-mata untuk mendapatkan RAHSIA tersebut dan sekarang saya terpaksa pula mengorbankan masa berharga saya untuk mempermudahkan anda semua memahami segala RAHSIA yang telah saya kumpulkan dalam bentuk e-Book.

Sekiranya diteliti, anda sebenarnya bakal menerima satu RAHSIA yang akan membolehkan anda mengecapi gaji minima lima (5) angka sebulan tanpa had malah jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan sejauh mana anda berani mencuba dan mengamalkan RAHSIA tersebut dan akan dapat diteruskan lagi sampai bila-bila masa yang anda suka dengan hanya sekali pelaburan bernilai RM100.00 sahaja sebagai tanda persahabatan dan ucapan terima kasih anda kepada SIFU HARTANAH anda.

Saya boleh meletakkan nilai RAHSIA tersebut lebih tinggi berkali-kali ganda lagi tetapi disebabkan niat asal saya hanya untuk membantu anda maka saya letakkan harga mampu milik tersebut agar anda merebut peluang yang terhidang di depan mata. Biasanya peluang hanya datang sekali dan jika terlepas agak sukar untuk mendapatkan peluang seterusnya.

Sekiranya anda terlalu berkira dan merasakan nilai pelaburan RM100.00 itu terlalu besar jika dibandingkan pulangan puluhan ribu ringgit malah tidak mustahil ratusan ribu ringgit yang bakal anda terima nanti maka anda sebenarnya tidak serius untuk mendapatkan wang puluhan malah ratusan ribu tersebut. Tidak mungkin pelaburan bernilai RM100.00 boleh menyebabkan anda bankrap atau muflis?

Saya akan cuba memberikan penjelasan sebaik mungkin  untuk membolehkan anda membuat jualan hartanah pertama dengan syarat anda mestilah mencuba dan mempraktikkan dahulu segala RAHSIA tersebut. Malah jika anda tidak berpuas hati, saya masih menjanjikan pulangan wang 100%. Tidakkah jaminan saya sangat berbaloi-baloi? Jika masih gagal, barangkali sudah ditakdirkan anda adalah di kalangan mereka yang terpaksa berpuashati dengan gaji tetap di bawah RM3000.00 sebulan atau hanya gaji mati di angka empat (4) sahaja. Jangan mudah lemah semangat dan anggaplah itu semua asam garam kehidupan. Jangan mudah mengalah pada cabaran. Saya pernah menerima free sms dari Hotlink yang berbunyi "Sometimes it takes a lot of rain before you get your rainbow". Think positive ok.

Tetapi jika anda berhasrat untuk menjadikan kerjaya perunding hartanah sebagai sumber pendapatan tetap atau sekurang-kurangnya kerja part time anda dan dalam masa yang sama anda tidak perlu berhenti kerja anda sekarang maka pelaburan anda sebanyak RM100.00 sebenarnya tidaklah seberapa dan bukanlah sesuatu yang terlalu di luar kemampuan anda.

Ini kerana melalui pelaburan anda hanya sekali sahaja akan membolehkan anda mengetahui cara sebenar tentang RAHSIA CARA TERPANTAS MENJUAL HARTANAH yang akan membolehkan anda mengecapi gaji minima lima (5) angka sebulan tanpa had dan anda akan dapat membebaskan diri anda dari segala masalah kewangan, beban hutang keliling pinggang dan akhirnya dapat melihat senyuman ceria mereka-mereka yang tersayang di sekeliling anda. Oleh yang demikian, kuatkan azam dan tekad anda untuk berubah dan buatlah sedikit pengorbanan anda untuk melabur dan mencuba RAHSIA saya yang bakal mengubah gaya hidup 'sempit' dan gaji 'lemas' anda selepas ini.

Bagaimana hendak mendapatkan RAHSIA e-Book saya?

ARAHAN: Sila bank in wang kesungguhan (earnest money) sebanyak RM2000  RM1000   RM500 RM250  RM150  RM100 SAHAJA terhad untuk lima puluh (50) pelanggan terawal dalam tempoh promosi dan memandangkan sambutan hangat yang telah diterima maka saya lanjutkan sedikit tarikh promosi tersebut sehingga sebelum atau pada 31 Disember 2019. Selepas tarikh promosi tersebut, saya boleh pada bila-bila masa menaikkan harga tawaran tersebut atau menarik kembali RAHSIA tersebut dari pasaran. Oleh yang demikian, rebutlah peluang dan ruang yang masih ada untuk mendapatkan RAHSIA tersebut sebelum saya berubah fikiran. Sila bank in ke :


Maybank Acc No. 1622 6304 5945 (Wan Muhamad Zamri).


Sila SmS/Whatsapp saya di talian 012.918.5187 berserta nama, tarikh, masa dan jumlah pembayaran dilakukan. Emailkan bank in slip pembayaran ke wanrealty2u@yahoo.com sebagai   bukti pembelian selepas pembayaran dilakukan beserta alamat email (emel address) anda untuk saya emailkan RAHSIA e-Book tersebut. Setelah disahkan bukti pembelian, RAHSIA e-Book tersebut akan dihantar terus ke email anda secepat mungkin atau paling lewat dalam tempoh (3) tiga hari bekerja.

PENTING: Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan di kemudian hari.

ARAHAN: Jika anda menggunakan Perbankan Online (Fund Transfer), COPY butiran transaksi anda untuk dikirimkan kepada saya. Pastikan anda menulis nama anda semasa mengisi butiran transaksi untuk memudahkan saya mengesan nama, tarikh dan masa sebelum anda bank in duit ke akaun saya.

INGATAN: Perlu diingat selepas tempoh promosi berakhir, tawaran harga tersebut boleh saya tarik balik pada bila-bila masa yang saya mahukan. Jadi segeralah dapatkan RAHSIA e-Book tersebut sebelum saya berubah fikiran samada saya akan menaikkan harga tawaran tersebut atau menarik kembali RAHSIA e-Book tersebut dari pasaran pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

JAMINAN SAYA: Saya bersedia menjadi SIFU HARTANAH anda selama tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pembelian. Sekiranya anda telah mencuba kesemua RAHSIA e-Book saya selama tempoh tersebut tetapi masih gagal untuk membuat jualan hartanah pertama, saya memberi jaminan akan memulangkan kembali wang anda sepenuhnya 100% tanpa banyak soal dan mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mahu mencuba dengan syarat anda tidak memberi alasan untuk malas mencuba atau tak ada masa nak buat. 

Tiada risiko sebenarnya untuk anda mencuba dahulu RAHSIA e-Book saya kerana ianya sungguh 'berbaloi-baloi'. Sentiasalah menghubungi saya melalui email di atas jika menghadapi sebarang kesulitan untuk memahami RAHSIA e-Book saya. Saya akan cuba memberikan penjelasan sewajarnya sehingga anda mampu membuat jualan hartanah yang pertama dan meningkatkan jualan dari semasa ke semasa.

Selamat Mencuba & Semoga Berjaya.

Salam Kejayaan,

SIFU HARTANAH ANDA.
www.NiagaHartanah.Com
Jual/Beli/Sewa/Pajak Hartanah.

Sila klink link di bawah utk Jual/Sewa/Pajak Hartanah anda sekarang.

Borang Pemilik Hartanah

1 comment:

  1. bagus ebook nih.....boleh la ajar saya yer che we....kawan ada banyak potential buyer....

    senang2 kita pekena teh tarik yer

    http://tiangemas.blogspot.com

    ReplyDelete